Khamis, 18 Jun 2009

Update gambor

Salam,
disertakan gambo2 yg dimakan semalam di Setiawangsa. kira qadha' gambo first update tu yer.


Mee Goreng Kak Nah









Chili Nasi ayam Mass



Ayam - Mass


Nasi Kukus D'paku

Rabu, 17 Jun 2009

Makan kat sini?


Sorry terlambat update coz blog kita ni lahir dah petang. Apalagi klu dah waktu balik, aku sibuk ler nak balik. Nak mengejar si kenik 3 orang kat nursery tu. Hmmmm.... pasal lunch smalam yer. Sampai kat food court Setiawangsa aku tak aderler excited sangat nak membeli makanan kat situ coz ada dua tiga stall yang pernah aku rasa dah. Tapi.........masa dah nak sampai sesangat kat food court ni, aku ternampak orang ramai tengah beratur nak beli nasi. D'paku namanya. Klu diterjah dari jauh, nasi menu Klate yang di jualnya coz ada ayam percik yang dia tengah bakar panas2 tu. Sampai kat food court Setiawangsa, aku tengok........mak aii....ramai pula orang makan hari ni. Dulu, tak ler meriah cam ni. Tapi itu dulu coz dah lama dah aku tak datang kat sini. Dalam asyik2 tinjau tu, ternampak stall nasi kukus ayam dara. Lama dah tak makan, rasanya cam nak makan yang ni. Tapi tak apa, tengok lagi ler. Alamak, ini dah tak boleh tahan dah. Telur itik masak lemak kuning. Aku dah lama cari dah coz klu masak kat umah aku sorang je yang makan. Tak berbaloi nak masak. Apa lagi, menu untuk lunch hari ni ialah nasi putih penuh,ikan bilis goreng, telur itik masak lemak kuning & ikan keli goreng berlada. Menu yang lain2 tu, cuba lain kali ler. Rambang mata dibuatnya klu dok lelama kat sana. Aku, AAK & WQC (geng kami) menapau nasi dan balik makan kat ofis. Sampai kat ofis terus makan. Mak aiiii.....berbaloi menu yang ku pilih hari ni. Lain kali boleh pegi lagi.............

Mlm tadi ke PWTC. Konsert KPM. Nice performance by budak2 sekolah & warga kementerian. Sebelum tu ada makan2. Buffet style.

1. Air tebu, ABC n teh tarik
2. Roasted lamb leg (BEST nih!!!)
3. Buah2 an tempatan n antarabangsa

dlln lagi yg saya tak try sebab kenyang makan kat opis sebelum pegi.

Anyway, to orkestra and conductors - performance well done!

Updated CQ

AAK updates...

Hi, akak dah makan nasi ayam MASS yg beli masa lunch tadi. Mula2 cuak juga sebab semua dah sejuk. my main concern kalau nasi ayam is the texture of the rice. so masa rasa nasi dia tu mcm tak best je, tapi bila dah curah cili n kicap kat chicken......hmmmm memang sedap. walaupun rice texture dia very humble tapi the bila makan (walaupun dah sejuk!!!) still sedap. so betul lah jangkaan akak yg nasi ayam MASS tu sedap.

so....kemana kita esok, weh?

Birth of the Lunch kat mana blog...



Salam buat semua geng2 lunch.

Finally kita ada blog ni untuk kita share info tentang lunch trip kita. So hari ni AAK , BGG n WQC pergi terjah Setiawangsa Food Court. Wah memang meriah sungguh suasana kat sana. Kami semua pun rambang selera di buatnya.... we ended up menapau food utk mkn kat ofis sebab dah banyak sangat nak try!!!

AAK beli mee goreng kak nah & kuetiaw kerang kak nah. Memang terangkat, beb!!! tapi ari ni pasembor kak nah tak jual. tapi ramai org duk dtg minta pasembor....so confirm sedap le tu.

Then I juga tapau nasi ayam mass. nampak gaya drp susunan pinggan berisi ayam nya yg berlapis-lapis tu, bole agak le ok ke tak ok the taste. tapi i belum makan sebab nak simpan for dinner.

nampak juga org jual roti bom - bole beli yg setengah masak, so akak pun beli sebab nak freeze n cuba. dari segi rupa n bau memang pass lah my standard.

popia nadia pun akak beli utk makan kat ofis dgn geng lain. taste nya - boleh lah!!!!

On the way balik kami singgah kat van D'paku ayam kampong kat tepi padang tu. akak beli nasi kukus ayam gulai - memang enak gulainya.

Sorry, kali ni trip geng lunch tak ada gambar, insyaallah next time kita tempek, ya. So BGG n WQC sila lah update you all punya belian....




WQC update




Eden boli nasik kerabu ayam percik. Ayam percik dia sodap. eden pun ado boli mee udang tp den konyang bonar makan nasik tadik ..eden bawak balik . den tunjuk gambo yolah
Update : Sesungguhnya mee udang tu kurang sodap plak. tak pasti if sbb x mkn masa tu juga.

Jom Pergi Lunch!!   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP